ReNungAn

''Jika satu-satunya DOA yang kauucapkan dalam hidupmu adalah aku bersyukur, maka itu CuKup''

MEISTER ECKHART (1260-1328, MISTIKUS DOMIMIKAN)

"Semua makhluk ciptaan di bumi merasakan sama seperti kita merasakan. Semua makhluk berjuang untuk kebahagiaan sama seperti kita. Semua makhluk di bumi mencinta, menderita, dan mati sama seperti kita dan oleh kerananya mereka setara dengan kita hasil karya Pencipta Mahakuasa-mereka adalah saudara kita.

ST. FRANSISKUS ASISI(1182-1226)

Ahad, 16 November 2014

BUNGAKU

Saya ni minat sangat tanam bunga, tapi sayang tiada tempat luas pula mahu tanam, terpaksa berhimpit-himpitlah bunga saya di balkoni hahaha.Ada yang tumbuh subur ada yang tidak.Lagipula, saya tinggal di apartment, tingkat tiga pula tu huhu..bunga pun susah sikit mahu jaga. Kalau tanam yang jenis bunga yang berbunga, kompom tidak hidup.Hanya bunga hijau saja yang boleh hidup kalau rumah hampir-hampir atas angin ni hahaha..

Pakis(Pern)
Bunga ni saya beli di Tamu Giant Kolombong k.k setiap hari 6. Harga dia RM6.00
 tapi saya tawar ke RM5.00. Nasib anti tu ok saja.Hatiku yang senang.(^_^). Saya ni kalau beli bunga suka cari yang murah-murah saja yala..takut beli yang mahal tapi nanti kejap saja kondem sudah, rugi tu..
Pakis ni ada juga kebaikan dia,selain untuk bunga hiasan dalam rumah, ia juga boleh membersihkan udara yang kotor(pembersih udara) dalam rumah kita. Jadi, ada baiknya kita beli bunga dalam masa yang sama boleh meningkatkan tahap kebersihan udara rumah kita kan..??
Lidah Buaya(Alovera)

Ha!siapa yang tidak kenal dengan lidah buaya??dulu saya beli RM6 saja di Tamu Giant, tapi banyak anak dia jadi saya tanam asing-asing,banyaklah jadinya hehehe.Lidah buaya senang jaga sebab mana-mana pun dia boleh tumbuh, tetapi mengikut pengalaman saya, ia tidak boleh disimpan dalam rumah atas angin macam saya punya rumah sebab rasanya suhu dia tidak bersesuaian dengan bunga ni.Dia tidak tumbuh subur walaupun kita cukup membajanya, pertumbuhan dia tetap terbantut.Dalam gambar ni pula ok sikit sebab saya simpan di balkoni,memang tumbuh subur tetapi disebabkan tempatnya yang sempit, tidak tumbuh subur sangat. Lagi satu, tidak boleh terlampau kena cahaya matahari sebab daun dia akan bertukar warna menjadi pucat..terus tidak cantik tau..Lidah buaya juga sangat bagus untuk:
; Menghilangkan jerawat
;Menyembuhkan luka(Antibiotik)
:Masker muka(Awet muda)
:Mencerahkan muka
:Pembersih udara

Biasanya saya guna sebagai mask sebelum tidur, kalau rajin guna,.kita akan nampak kesannya seawal 1 mingu.
Muka kita akan jadi halus,cerah dan lembut.
Ini pula,.saya tidak tau nama dia apa.
Kalau ada pembaca yang tahu nama bunga hijau ini, harap boleh kongsi ya bagitau nama dia ???
Bunga ini saya ambil dari hutan juga hahaha..tidak perlu beli la bunga hijau, banyak dalam hutan kalau rajin mencari..cara penjagaan dia rumit sikit, ini kalau terlampau kena cahaya matahari, dia tidak  tumbuh subur, bunga ini suka tempat yang lembab..saya ambil ni pun dekat tebing anak sungai..kalau cari di bukit-bukit ni konpom tidak dapat hahaha.
Apa yang menarik dengan bunga ni adalah daun dia yang berbintik-bintik..cantik...Bunga ni juga sama seperti Rembisan tu..boleh bertindak sebagai pembersih udara.
Bunga labah-labah(spider plant)

Bunga ni saya beli di Tamu Giant juga, harga dia RM6 atau RM5, saya tidak berapa ingat. Bunga ni senang sangat jaga , yang penting siram tapi siram tu bukan hari-hari tau kalau tanam di rumah Ia juga tahan lasak dengan matahari hahah. Kalau tanam benih baru, bunga ni cepat tumbuh dan tidak perlu penjagaan rapi macam bunga lain. Apabila ia mngeluarkan bunga atau benih baru bunga ni akan kelihatan macam bentuk spider, tu pasal kena panggil spider plant. Bunga ni juga bertindak sebagai pembersih udara.Jadi siapa-siapa yang ingin meningkat kualiti kebersihan udara dalam rumah, baik tanam ni banyak heheheh
Ini pun saya tidak tahu nama dia.Saya panggil dia Bunga Lipan kekeke

Ni pun saya beli d Tamu Giant Kolombong..saya ni asik2 tamu saja kan..hahha.saya beli tempat anti yang sama, dia jual RM6,masa saya beli ni masih kecil lagi ,..dalam gambar ni sudah besar panjang. Tapi anti tu cakap bunga ni ada kegunaan dia, pulut dia boleh dijadikan ubat kena gigit serangga berbisa. Tidak tahulah betul ka tidak sebab saya tidak pernah cuba pun. Oh ya...kalau ada pembaca tahu nama bunga ni..sudi-sudilah bagitau ar...kalau tiada yang tahu, bunga lipan lah nama dia ni,sebab nampak macam lipan bentuk dia.Pandai-pandai saja kan..hahah

Tiada ulasan: